SpaceX Dan NASA Menandatangani Perjanjian Untuk Berkongsi Maklumat Pelancaran Roket Dan Satelit

SpaceX Dan NASA Menandatangani Perjanjian Untuk Berkongsi Maklumat Pelancaran Roket Dan Satelit

Diterbitkan pada Mac 19, 2021 oleh .

NASA dan SpaceX baru-baru ini menandatangani sebuah perjanjian dimana mereka akan berkongsi maklumat mengenai pelancaran roket dan satelit masing-masing untuk mengelakkan perlanggaran di angkasa lepas.

SpaceX, melalui satelit-satelit Starlink mereka mempunyai pelan untuk melancarkan berpuluh-ribu satelit secara global untuk membangunkan sistem internet satelit mereka. Setakat ini, Starlink sudahpun mempunyai sekitar seribu lebih satelit di angkasa lepas.

Menurut perjanjian ini, NASA akan membekalkan SpaceX dengan maklumat mengenai pelancaran satelit-satelit mereka, dimana jika salah satu daripada syarikat angkasa lepas ini menemui sebarang kemungkinan pertembungan diantara satelit-satelit mereka, aktiviti pengelakan dan perubahan orbit akan dilakukan oleh pihak SpaceX sahaja untuk mengurangkan salah-faham.

Mereka juga bersetuju bahawa sebarang pelancaran satelit akan mempunyai jarak sekurang-kurangnya 5km daripada lokasi Stesen Angkasa Antarabangsa untuk mengelakkan sebarang isu dengan kapal-kapal yang perlu mendarat pada stesen angkasa tersebut.

Kerjasama diantara SpaceX dan NASA bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini, NASA pernah menggunakan kapal Crew Dragon untuk menghantar dua angkasawan mereka ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada bulan Mei tahun lepas.


Paling Popular