Carian
WhatsApp Dan Instagram Menghadapi Masalah Untuk Diakses
March 20, 2021 Aman

Dua perkhidmatan yang dimiliki oleh Facebook kini nampaknya seperti menghadapi masalah teknikal dan kesukaran untuk diakses – iaitu Instagram dan juga WhatsApp.

Untuk WhatsApp, pengguna dilihat tidak dapat menghantar dan menerima mesej, sementara untuk Instagram pula, pengguna tidak boleh mengemaskini garis masa mereka, disamping melakukan sebarang perkongsian.

Buat masa ini, perkhidmatan Facebook dilihat masih boleh diakses lagi. Memandangkan masalah ini berlaku pada waktu tengah malam di Malaysia, maka impaknya untuk pengguna tempatan mungkin adalah sangat rendah.

Komen