Cari @ Amanz

OCBC kini menggunakan ciri pengecaman wajah untuk pengesahan sebarang transaksi melalui ATM di Singapura – sekaligus menggantikan penggunaan kad ATM oleh pengguna.

Untuk fasa permulaan, OCBC menguji ciri pengesahan biometrik ini  di sekitar lapan ATM yang terletak di Singapura – serta membolehkan pengguna melakukan semakan baki akaun.

Pengguna akan diperlukan memasukan nombor kad pengenalan mereka, dan pengesahan akan dilakukan melalui imbasan wajah. Seterusnya, pengguna boleh mengakses dan melakukan transaksi perbankan mereka.

OCBC menggunakan teknologi SingPass Face Verification yang dihubungkan ke data kebangsaan untuk tujuan pengesahan ini.

Dengan pengesahan ini, ia sekaligus dikatakan menawarkan ciri sekuriti yang lebih baik, dan mengelak sebarang salah guna disebabkan oleh kehilangan kad ATM oleh pengguna.

OCBC merancang untuk memperluaskan ciri ini ke semua 550 ATM di Singapura secara berperingkat, dan memperluaskannya untuk transaksi lain termasuk pengeluaran wang, pembayaran dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd