Cari @ Amanz

Sistem Global Positionig System (GPS) dibangunkan untuk kegunaan ketenteraan tetapi kemudiannya diberikan kepada orang awam selepas insiden pesawat Korean Airlines 007 (KAL 007) ditembak jatuh. Penggunaannya meluas sehingga negara lain seperti India, Rusia, China dan Eropah membangunkan sistem mereka sendiri. Tetapi kini sistem navigasi satelit akan diuji pula untuk permukaan bulan.

Agensi Angkasalepas Eropah (ESA) akan melancarkan misi Lunar Pathfinder yang menggunakan rangkaian satelit GPS dan Galileo untuk memberikan kedudukan yang tepat pada permukaan bulan. Dalam ujian awal, ESA berharap kedudukan yang tepat dalam lingkungan 100 meter dapat dilakukan di permukaan bulan.

Kerana isyarat satelit GPS dan Galileo masih boleh diterima di permukaan bulan, hanya satu satelit Lunar Pathfinder dengan penerima isyarat berkuasa tinggi diperlukan. Oleh itu sistem menjejak kedudukan di dapat dinikmati angkasawan tanpa perlu melancarkan rangkaian satelit hanya untuk bulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd