Yoodo Menawarkan 3GB Data Percuma Disebabkan Gangguan Teknikal Tempoh Hari

Yoodo Menawarkan 3GB Data Percuma Disebabkan Gangguan Teknikal Tempoh Hari

Diterbitkan pada Mac 21, 2021 oleh .

Beberapa hari yang lepas, Yoodo telah mengalami masalah teknikal yang membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan perkhidmatan untuk suatu tempoh yang lama.

Kini, disebabkan itu, pihak Yoodo memohon maaf kepada semua pengguna, dan menawarkan 3GB data percuma sebagai permohonan maaf.

Yoodo mengatakan data percuma ini akan dikreditkan secara automatik kepada semua akaun pengguna aktif pada 23 Mac 2021 kelak.

Pada masa yang sama, Yoodo mengatakan sekiranya pengguna masih menghadapi sebarang kesukaran dalam mengakses perkhidmatan, boleh menghubungi pihak Yoodo secepat mungkin.


Paling Popular