25 Perkhidmatan Penstriman Video Di Malaysia
Aman
Pada hari ini, lebih ramai beralih ke perkhidmatan penstriman video dalam mendapatkan kandungan drama dan filem, berbanding menonton televisyen biasa. Pada artikel kali ini, kami menghimpunkan sejumlah perkhidmatan penstriman video yang ditawarkan untuk pengguna tempatan secara rasminya.
Netflix

- Ditawarkan bermula RM17 di Malaysia.
- Menawarkan akses kepada sejumlah kandungan filem, drama, siri-TV, dokumentari, dan siri realiti. Turut mempunyai banyak rancangan eksklusif.
[info]Layari : Netflix[/info]
Amazon Prime Video

- Ditawarkan pada harga RM25 sebulan.
- Menawarkan akses kepada filem, drama, siri-TV dan dokumentari. Turut mempunyai beberapa rancangan eksklusif menarik.
[info]Layari : Amazon Prime Video[/info]
Viu

- Ditawarkan secara percuma, dan pelan berbayar berharga bermula RM12.90 sebulan. Turut mempunyai promosi melalui syarikat telekomunikasi dan Shopee.
- Menawarkan banyak siri Korea dan filem Korea, disamping beberapa kandungan tempatan.
[info]Layari : Viu[/info]
Dimsum

- Disediakan oleh TheStar.
- Mempunyai akses percuma, dan langganan berbayar bermula RM8.
- Menawarkan akses kepada filem, drama dan sejumlah rancangan Asia. Turut mempunyai akses kepada siaran TV langsung untuk berita.
[info]Layari : Dimsum[/info]
Tonton Cinema

- Disediakan oleh Media Prima.
- Tonton ditawarkan secara percuma, sementara Tonton Cinema menawarkan perkhidmatan sewa filem pada harga serendah RM1 satu filem yang boleh ditonton dalam tempoh 48 jam.
[info]Layari : Tonton Cinema[/info]
HBO Go Asia

- Ditawarkan pada harga RM34.90 sebulan. Turut boleh diakses oleh pelanggan Astro.
- Menawarkan akses kepada sejumlah siri tv, filem dan dokumentari. Terdapat sejumlah kandungan eksklusif yang tidak terdapat pada perkhidmatan lain.
[info]Layari : HBO Go Asia[/info]
iFlix

- Ditawarkan secara percuma, dengan pilihan akses VIP pada harga RM10 sebulan.
- Menawarkan akses kepada sejumlah kandungan siri TV, dan filem, dengan pilihan kandungan tempatan.
[info]Layari : iFlix[/info]
WeTV

- Rakan kerjasama iFlix. Ditawarkan secara percuma.
- Menawarkan akses kepada sejumlah kandungan dari Asia, terutamanya China. Turut mempunyai akses kepada anime.
[info]Layari : WeTV[/info]
KiniDia

- Ditawarkan dengan akses percuma, atau RM9.90 untuk satu filem.
- Menawarkan akses kepada filem tempatan.
[info]Layari : KiniDia[/info]
MyWayang

- Ditawarkan pada harga RM8 sebulan.
- Menawarkan akses kepada filem Malaysia, Indonesia dan Asia.
[info]Layari : MyWayang[/info]
Curiosity Streams

- Ditawarkan pada harga $12 setahun.
- Menawarkan akses kepada sejumlah dokumentari menarik.
[info]Layari : Curiosity Streams[/info]
Masterclass

- Ditawarkan pada harga $15.90 sebulan.
- Menawarkan akses kepada sejumlah kandungan berbentuk pembelajaran.
[info]Layari : Masterclass[/info]
iQiyi

- Ditawarkan secara percuma dengan akses langganan VIP bermula RM8.90.
- Menawarkan akses kepada sejumlah kandungan dari Asia – filem dan siri TV. Turut mempunyai akses kepada anime.
[info]Layari : iQiyi[/info]
Apple TV+

- Ditawarkan pada harga langganan RM19.90 sebulan.
- Menawarkan sejumlah kandungan dan siri TV yang eksklusif diterbitkan untuk Apple TV+ sahaja.
[info]Layari : Apple TV+[/info]
Siar

- Ditawarkan pada harga langganan RM10 sebulan.
- Menawarkan akses kepada filem klasik dari Malaysia.
[info]Layari : Siar[/info]
Mubi

- Ditawarkan pada harga RM10 sebulan.
- Menawarkan akses kepada sejumlah filem-filem dari Asia, termasuk filem Malaysia.
[info]Layari : Mubi[/info]
Tubi

- Ditawarkan secara percuma.
- Menawarkan akses kepada sejumlah filem klasik dari barat.
[info]Layari : Tubi[/info]
Nurflix

- Ditawarkan secara percuma dengan pilihan bayaran bulanan RM36.
- Menawarkan akses kepada sejumlah kandungan eksklusif bertemakan gaya hidup muslim.
[info]Layari : Nurflix[/info]
Dazn

- Ditawarkan secara berbayar pada harga RM8.90 sebulan.
- Memfokuskan kepada kandungan sukan, lebih kepada acara tinju.
[info]Layari : Dazn[/info]
Zee5

- Ditawarkan secara berbayar pada harga RM14 sebulan.
- Memfokuskan kepada kandungan filem dan siri-TV dari India.
[info]Layari : Zee5[/info]
Al Hijrah Media

- Ditawarkan pada harga RM5 sebulan
- Menawarkan sejumlah kandungan memfokuskan kepada gaya hidup muslim.
[info]Layari : AlHijrah Media[/info]
RTM MyKlik

- Ditawarkan secara percuma
- Menghimpunkan kandungan RTM, termasuk siaran secara langsung untuk saluran dibawah RTM.
[info]Layari : RTM MyKlik[/info]
Lain-lain
Terdapat beberapa langganan lain, termasuk Astro Go, Unifi Play TV, dan juga YouTube Premium (yang lebih kepada membuang iklan pada YouTube).
Bagi anda sendiri, sekiranya mengetahui beberapa perkhidmatan lain, jangan lupa kongsikannya bersama kami melalui ruangan komen dibawah.