Coca Cola Menawarkan Perkhidmatan Langganan Minuman Di Jepun

Diterbitkan pada Mac 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Langganan bulanan ialah norma baharu dengan semakin ramai tidak mempunyai masalah melanggan kepada perkhidmatan penstriman muzik, video, pisau cukur dan buku. Di Jepun, Cola Cola kini menawarkan pula perkhidmatan langganan minuman secara bulanan Coke On Pass.

Meneuris perkhidmatan ini, pelanggan boleh mendapat satu minuman sehari dengan bayaran 2,700 Yen (~RM103) sebulan. Pelanggan boleh mendapatkan minuman ini menerusi mesin layan diri Coca Cola dan aplikasi Coke On. Pelanggan boleh mendapatkan sebarang minuman di bawah jenama Coca Cola dan tidak terhad kepada minuman bergas yang manis. Mereka turut boleh menikmati teh dan kopi menerusi mesin layan diri milik syarikat Coke.

Perkhidmatan Coke On Pass akan ditawarkan bermula Mei ini pada harga promosi 1,350 Yen (~RM51) sebulan. Bagi mereka yang banyak membeli minuman dari Coke, ini ialah perkhidmatan yang menarik kerana minuman boleh dibeli pada harga yang lebih murah berbanding harga biasa.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami