Cari @ Amanz

Samsung telah hadir dengan penawaran peranti baharu di bawah siri Galaxy A mereka, tempoh hari. Terdapat sehingga empat model yang diperkenalkan untuk pasaran tempatan – di mana terdiri dengan Samsung Galaxy A32, Galaxy A32 5G, Galaxy A52 dan Galaxy A72.

Kesemuanya membawakan rekaan yang lebih segar bersama beberapa penambahbaikan lebih menarik. Namun sehingga ke hari ini, persoalan mengenai penawaran harga rasmi untuk pasaran tempatan masih belum terjawab.

Menurut maklumat terbaharu yang diperoleh daripada laman mdroid.my, terdapat ura-ura di mana harga jualan untuk kesemua model telah tertiris dan pernawaran harga adalah seperti berikut:

  • Galaxy A32 4G (8+128GB) – RM1099
  • Galaxy A32 5G (8+128GB) – RM1199
  • Galaxy A52 (8+256GB) – RM1499
  • Galaxy A72 (8GB+256GB) – RM1899

Harus ditegaskan harga yang tersenarai di atas masih lagi diperingkat ura-ura dan belum dapat dipastikan sama ada ia bakal menjadi harga rasmi atau sebaliknya. Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut daripada pihak Samsung Malaysia sendiri berkaitan perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd