Cari @ Amanz

Boost, salah satu dompet digital popular di Malaysia, kini telah menambah sokongan pembayaran DuitNow QR pada aplikasi dompet digital mereka.

Dengan adanya sokongan DuitNow QR, ia akan memudahkan lagi pengguna melakukan pembayaran. DuitNow QR menggunakan kod QR universal yang boleh digunakan bersama sejumlah dompet digital dan aplikasi perbankan untuk tujuan transaksi nirtunai.

Kini, pengguna boleh mengimbas terus sebarang kod QR berwarna merah jambu dengan label DuitNow QR, dan terus melakukan transaksi melaluinya. Pengguna akan dipaparkan dengan nama penerima sebelum perlu memasukkan jumlah untuk tujuan pembayaran.

Dengan pengenalan ini, kini Boost dan Touch n Go eWallet sedia menawarkan sokongan pembayaran melalui DuitNow QR, dan hanya Grab dinantikan – sebelum ke semua tiga-tiga dompet digital menyokongnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd