Cari @ Amanz

Serangan perisian tebusan adalah amat berbahaya kerana kini semakin ramai bekerja dari rumah dan memerlukan sambungan ke internet. Dalam pelbagai kes sebelum ini, penggodam meminta wang tebusan sebelum sistem yang diserang dikembalikan semula kepada mangsa. Menurut laporan Bleeping Computer, mangsa berprofil tinggi seterusnya ialah Acer.

Syarikat pengeluar komputer kedua terbesar ini dipercayai menjadi mangsa perisian tebusan REvil. Ia mungkin berlaku menerusi kerentanan pada sistem Mcirosoft Exchange yang dilaporkan sebelum ini. Penggodam meminta bayaran $50 juta (~RM205.6 juta) sebelum sistem dikembalikan semula. Ini adalah permintaan wang tebusan tertinggi pernah diminta dalam serangan perisian tebusan setakat ini.

Acer adalah merupakan pengeluar komputer peribadi ke-lima terbesar sepanjang 2020 maka oleh sebab itu nilai tebusan diminta adalah tinggi. Acer diberikan masa sehingga 28 Mac untuk melakukan pembayaran. Selepas tarikh tersebut, Acer perlu menbayar $100 juta (~RM411 juta) untuk mendapatkan semula akses sistem.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd