iQOO U3x 5G Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 480, Skrin 90Hz, Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Mac 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iQOO U3x 5G kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran China. Ia merupakan peranti 5G mampu milik daripada iQOO dn hadir dengan sejumlah penawaran menarik – termasuklah skrin 90Hz, cip Snapdragon 480 dan bateri berkapasiti besar.

iQOO U3x 5G

Untuk spesifikasi khusus, iQOO U3x 5G dilengkapi skrin bersaiz 6.58-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+ (2408 × 1080 piksel) dan kadar segar semula 90Hz. Selain daripada cip Snapdragon 480, ia turut dibantu oleh memori sehingga 8GB RAM (LPDDR4x) dan storan dalaman 128GB (UFS 2.1) dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 13-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (kedalaman) dan kamera swafoto pula sebesar 8-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, antaramuka iQOO 1.0 berasaskan Android 11, sokongan pembantu maya Jovi dan sebagainya. Untuk harga, iQOO U3x 5G dijual bermula RMB1199 (~RM757) untuk sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami