Cari @ Amanz

OnePlus Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran OnePlus Nord 10 5G untuk pasaran tempatan, dimana ia akan ditawarkan pada harga RM1199 di Malaysia.

OnePlus Nord N10 5G menggunakan skrin bersaiz 6.49-inci dengan kadar segar semula 90Hz, dijana dengan cip Snapdragon 690, memori 6GB RAM, dan storan 128GB.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah empat-kamera belakang dengan sensor utama 64-mmegapixel, dilengkapi bateri 4300mAh dengan pengecasan WarpCharge 30T.

Di Malaysia, ia boleh didapati bermula 27 Mac ini, dan bersempena pengenalannya, pengguna turut boleh mendapatkan ia pada harga RM999 terhad untuk hari pertama jualan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd