Cari @ Amanz

OnePlus Nord N10 5G baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada hari ini, dan boleh dikatakan agak lewat dilancarkan untuk pasaran tempatan sejak diperkenalkan.

Terbaru, desas-desus berkenaan kemaskini untuk keluarga Nord N10 telah mula kedengaran. Dikongsikan oleh @OnLeaks, kemaskini untuk OnePlus Nord N10 ini dilihat akan hadir dengan skrin 6.49-inci mendatar, dengan skrin berlubang ditepi untuk kamera swafoto.

Disamping itu, ia turut dilengkapi tri-kamera belakang, dan pengimbas cap jari diposisikan pada bahagian tepi peranti.

OnePlus juga dilihat mengekalkan penggunaan bicu audiio 3.5mm pada bahagian bawah peranti.

Buat masa ini, tarikh pelancaran peranti ini masih tidak diketahui lagi. Namun, kebocoran info ini mungkin membuatkan beberapa pengguna yang merancang membeli OnePlus Nord N10 di Malaysia untuk berkira-kira sebelum mendapatkannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd