Syarikat Disebalik TikTok Mengambil-Alih Penerbit Mobile Legends
Aman
Bytedance, syarikat disebalik aplikasi popular TikTok kini telah mengambil-alih syarikat studio permainan disebalik Mobile Legends, iaitu Moonton.
Ini boleh dikatakan antara pengambil-alihan terbesar oleh Bytedance, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena permainan mudah-alih.
Seperti ramai sedia maklum, Mobile Legends merupakan antara permainan yang popular dirantau ini, dan dimainkan secara aktif. Ia diperkatakan mempunyai sekitar 90 juta pengguna aktif bulanan.
Dengan pengambil-alihan ini juga, Bytedance mengukuhkan kedudukan mereka dalam mendapatkan pengguna generasi baharu. Bytedance juga dijangka akan lebih memfokuskan kepada arena permainan selepas pengambil-alihan ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.