Cari @ Amanz

Tahun 2021 memperlihatkan peranti-peranti pintar berkuasa yang menggunakan cip pemprosesan terbaru seperti Qualcomm Snapdragon 888, MediaTek Dimensity 1200 dan Samsung Exynos 2100 yang diperlihatkan dalam peranti-peranti seperti ROG Phone 5, Samsung Galaxy S21 dan sebagainya.

Kekurangan bekalan cip-cip pemprosesan mengakibatkan syarikat-syarikat pembangun peranti cuba untuk membeli bekalan yang mencukupi untuk peranti-peranti mereka dan ini menyebabkan harga cip pemprosesan itu sendiri untuk meningkat dengan agak mendadak.

Menurut CEO Qualcomm, Steve Mollenkopf, bekalan untuk CPU-CPU lama, seperti Snapdragon 865, 765 dan sebagainya akan kembali seperti biasa tidak lama lagi.

Ini mungkin kerana pembuatan cip pemprosesan lama yang dibina menggunakan proses lebih lama seperti 7nm lebih mudah dipenuhi berbanding dengan cip-cip pemprosesan baru yang menggunakan proses 5nm dimana pengeluarannya lebih terhad.

Ini mungkin bermakna bahawa kita akan melihat lebih banyak peranti-peranti pintar kelas pertengahan yang menggunakan cip pemprosesan generasi sebelum ini, ataupun jenama-jenama peranti akan mengilangkan lebih banyak peranti sebelum ini untuk memenuhi kehendak pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd