Cari @ Amanz

Serentak dengan pelancaran Poco X3 Pro yang sedang berlangsung sekarang, cip Qualcomm Snapdragon 860 juga telah diperlihatkan buat pertama kali selepas beberapa minggu kewujudannya tertiris ke arena web. Ia sebenarnya hanyalah sebuah Snapdragon 855+ yang dikemaskini dengan teras utama yang lebih pantas.

Cip dilengkapi satu teras Kryo 485 Prime pada kelajuan 2.96GHz, tiga teras Kryo 485 Gold pada kelajuan 2.34GHz dan empat teras Kryo 485 Silver pada kelajuan 1.8GHz. GPU pula masih lagi Adreno 640 yang masih lagi cukup berkuasa digabungkan pula dengan NPU dengan kuasa mencecah 7.6 TOPs. Kelebihan sebenar Snapdragon 860 ialah ia menyokong storan UFS 3.1 yang sehingga 198% lebih pantas berbanding UFS 2.1 yang disokong pada Snapdragon 855+.

Dalam ujian Antutu, Snapdragon 860 mencatatkan markah yang 52% lebih tinggi berbanding Snapdragon 765G. Kekurangan hanyalah ia tidak menyokong rangkaian 5G pada waktu ini. Poco memilih Snapdragon 860 kerana ia menawarkan prestasi seakan mercu sehingga membolehkan ia menjadi peranti kelas pertengahan paling berkuasa apabila dipasarkan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd