Discord Dilaporkan Sedang Mencari Pembeli Pada Nilai Melangkaui $10 Bilion

Diterbitkan pada Mac 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Discord merupakan salah satu perkhidmatan popular yang banyak digunakan oleh peminat permainan video dalam kekal berhubung bersama rakan-rakan dan juga peminat, termasuk melalui sokongan perbualan berasasian suara.

Kini, ia dilaporkan Discord sedang mencari pembeli untuk perkhidmatan mereka, pada nilai melangkaui $10 bilion.

Discord mungkin melengkapkan portfolio sejumlah syarikat, termasuk antaranya  adalah Microsoft, Amazon, Twitter, atau Google.

Pengambil-alihan Discord dijangka akan membolehkan syarikat berkaitan menerima akses kepada pengguna yang aktif dalam arena permainan video dan mempunyai komuniti yang sangat aktif.

Bagi  anda sendiri, siapakah yang sesuai untuk membeli Discord?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami