Opera Touch Kini Dikenali Sebagai Opera Untuk Pengguna iPhone

Opera Touch Kini Dikenali Sebagai Opera Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan pada Mac 23, 2021 oleh .

Opera kini telah menjenamakan semula pelayar web mudah-alih mereka di platform iOS. Sebelum ini dinamakan sebagai Opera Touch, melalui kemaskini baru, ia kini dikenali dengan nama Opera sahaja.

Selari dengannya, logo dan ikon juga akan menggunakan logo Opera biasa, sekaligus menyelarikannya dengan produk dan penjenamaan Opera sendiri.

Seperti ramai sedia maklum, Opera Touch diperkenalkan pada awalnya dengan pengoptimasian khusus untuk skrin sentuh – tetapi kini ia telah menjadi sebuah norma, dan Opera meringkaskan namanya sebagai Opera sahaja.

Dengan kemaskini baharu ini, ia turut memperkenalkan rekaan antaramuka yang lebih kemas, penggunaan warna baharu, serta pengalaman lebih menyeluruh sebagai pelayar web.

Bagi anad yang menggunakan Opera Touch, boleh mengemaskini ia hari ini pada peranti iOS anda.


Paling Popular