Carian
Instagram Reels Mula Diperkenalkan Untuk Pengguna Malaysia – Menyaingi TikTok
March 23, 2021 Aman

Instagram kini dilihat telah mula memperkenalkan ciri Instagram Reels untuk pasaran Malaysia. Melaluinya, sekaligus ia memberikan alternatif kepada pengguna, sekaligus menyaingi penawaran TikTok.

Melalui ujian kami, ciri ini telah diaktifkan untuk sejumlah pengguna Android, dan masih belum dilihat ditawarkan untuk pengguna iPhone.

Melalui Reels, ia membolehkan pengguna berkongsi video pendek, menambah audio dan membuat penyuntingan asas sebelum berkongsi. Instagram turut menyediakan ruangan khas pada bahagian tengah untuk menikmati perkongsian Reels yang boleh ditatal secara ke atas dan ke bawah.

Bagi anda yang menggunakan Instagram, boleh mengemaskini aplikasi Instagram anda, dan menikmati ciri Reels ini hari ini.

Komen