Cari @ Amanz

Jika anda mengikuti perkembangan dunia teknologi telefon pintar, tentunya anda tahu bahawa kebanyakkan telefon pintar sekarang tidak lagi menawarkan bicu audio. Oleh sebab itulah wujudnya penawaran True Wireless Stereo (TWS) yang merupakan salah satu alternatif untuk isu ini dimana ia menyokong untuk membuat sambungan audio kepada telefon pintar secara nirwayar dengan mudah. Disebabkan telah banyak jenama pengeluar peranti pintar yang menawarkan TWS, ia memberi kita semua peluang yang lebih banyak untuk mendapatkan aksesori ini pada harga yang sesuai dengan bajet kita sendiri yang setanding dengan keupayaan yang ditawarkan.

realme juga adalah salah satu jenama yang menawarkan TWS ini dan yang terbaru, mereka baru sahaja melancarkan realme Buds Air 2 untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan sepasang TWS dengan sokongan pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 25dB yang turut menyokong Bluetooth 5.2 dan dikatakan sebagai satu alternatif yang mesra poket. Fon telinga ini akan memantau bunyi luar secara aktif melalui mikrofon yang ada padanya dan seterusnya akan mengeluarkan frekuensi bunyi yang akan membatalkan bunyi di persekitaran anda. Ciri ini sangat berguna untuk anda yang sentiasa menaiki pengangkutan awam kerana apabila memakai realme Buds Air 2, anda tidak akan mendengar bunyi hingar di keliling anda sekaligus membolehkan anda untuk mendengar lagu dengan lebih jelas. Kualiti panggilan juga telah dipertingkatkan dengan bantuan ciri Dual Mic Noise Cancellation. Dwi mikrofon dengan algoritma ENC yang ada pada realme Buds Air 2 ini akan kurangkan bunyi latar belakang ketika panggilan dibuat supaya audio yang dikeluarkan dapat didengar dengan lebih jelas.

Sebagai sepasang TWS, kualiti audio adalah sangat penting. realme telah bekerjasama dengan The Chainsmokers untuk menghasilkan bunyi audio yang mengasyikkan dan sedap didengar bagi realme Buds Air 2. Hasil kerjasama ini membuatkan mereka bersetuju untuk menawarkan pemacu 10mm Hi-Fi Bass Boost yang dapat meningkatkan kualiti audio dari sebelumnya. realme Buds Air 2 ini juga telah menjalani pelbagai pelarasan bunyi, seperti mengurangkan kesan hingar dan kadar bunyi pecah apabila nada terlalu tinggi sehingga kurang daripada 0.5%. Menurut realme, dengan penawaran ini, ia membolehkan anda untuk menikmati audio yang lebih berkualiti tinggi yang hampir dengan rakaman asli. Hasil kolaborasi ini juga telah membangunkan satu jalan penyelesaian untuk menawarkan kualiti audio yang tinggi, iaitu Bass Boost+ yang dikatakan mampu membuat bass bunyi lebih terserlah seakan-akan mendengar rakaman langsung.

realme Buds Air 2 ini dikuasakan oleh cip realme R2 yang merupakan penambahbaikkan dari cip realme R1 sebelum ini yang dikatakan penggunaan baterinya telah meningkat sehingga 80% lebih baik dengan masa pendamnya pula adalah 35% lebih rendah iaitu 88ms sahaja. Jangka hayat bateri yang ditawarkan adalah sebanyak 25 jam penggunaan dan bagi sebelah fon telinga ini sahaja, ia boleh bertahan selama 5 jam untuk setiap penggunaan dimana masa penggunaannya telah ditambah kepada 2 jam lebih lama dari model sebelumnya. Dari segi sistem pengecasan, ia menyokong untuk membuat pengecasan pantas dan boleh menikmati sehingga 120 minit penggunaan bagi 10 minit pengecasan.

Jadi, bagi anda yang sedang mencari sepasang TWS yang mampu milik dan inginkan pengalaman audio yang lebih mengasyikkan, realme Buds Air 2 ini adalah TWS yang patut anda letak dalam senarai pilihan. Ia bukan sahaja hadir dengan sokongan nirwayar, ANC dan kapasiti bateri yang mencukupi, malah ia juga mampu untuk memberikan pengalaman audio yang lebih mendalam dan mengasyikkan. Dibantu pula dengan rekaannya yang hanya membawa berat seringan 4.1 gram untuk setiap satu dan menyokong IPX5, tentunya ia sangat selesa apabila dipakai di telinga walaupun memakainya ketika bersukan yang membuatkan anda berpeluh. Oleh sebab itulah anda perlu dapatkan realme Buds Air 2 ini sekarang kerana harganya sangat mampu milik, iaitu serendah RM199 sahaja dengan dua pilihan warna iaitu Closer Black dan Closer White. Jadi bagi anda yang berminat, boleh dapatkan realme Buds Air 2 ini melalui pengedar-pengedar sah realme Malaysia bermula 3 April ini.

Penafian: Advertorial Daripada realme Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd