Instagram Kini Memudahkan Anda Menambah Muzik Pada Perkongsian IG Stories
March 23, 2021
Aman
Instagram hari ini telah memperkenalkan ciri Instagram Reels untuk pengguna tempatan. Bersama-sama dengannya, satu lagi ciri baharu yang boleh dinikmati pengguna di Malaysia adalah penggunaan “Sticker” berbentuk muzik pada perkongsian Stories.

Melaluinya, ia sekaligus memudahkan anda menambah lagu latar pada perkongsian Instagram Stories. Ia juga hadir dengan paparan interaktif – termasuk penyertaan lirik yang dianimasikan, sekaligus menjadikan perkongsian Instagram Stories anda lebih baik.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu merakamkan gambar atau melakukan perkongsian Stories seperti biasa, dan kemudiannya menambah “Sticker”, dan pilih “Muzik”.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.