Jack Dorsey sebelum ini telah menawarkan Tweet pertama beliau dalam bentuk NFT (Non-Fungible Token), salah satu bentuk aset digital yang semakin popular akhir-akhir ini.
Kini, selepas melalui proses bidaan, ia telah dibeli menggunakan kriptowang ETH pada nilai mencapai $2.916 juta, atau menghampiri RM12 juta.
Pembeli berkenaan adalah Sina Estavi yang berpusat di Malaysia, dan merupakan CEO kepada syarikat rantaian blok Bridge Oracle.
Seperti semua sedia maklum, pembelian aset digital ini mungkin memperlihatkan peningkatan harga atau penurunannya. Namun, ia akan menjadi salah satu titik tolak dalam terus mempopularkan arena rantaian blok, selain NFT yang hangat diperkatakan akhir-akhiir ini.
Jack Dorsey sendiri telah menyumbang dana yang diperolehi melalui jualan ini kepada badan kebajikan di Afrika.