Xiaomi Malaysia sedia hadir dengan pelbagai penawaran produk menarik untuk para pengguna setia. Dalam perkembangan terkini, jenama ini berkongsi perancangan untuk hadir dengan beberapa produk baharu lagi buat pengguna di Malaysia.

Memetik perkongsian Xiaomi Malaysia di laman Facebook rasminya, produk-produk yang dimaksudkan terdiri dengan Mi Vacuum Cleaner G10, Mi Vacuum Cleaner Light, Mi Computer Monitor Light Bar, Mi 23.8″ Desktop Monitor 1C dan juga Mi Portable Bluetooth Speaker (16W).
Kesemua produk ini akan mula ditawarkan secara rasmi buat semua pengguna bermula 26 Mac 2021 menerusi platform berbeza seperti Lazada dan Shopee. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan setiap satu daripadanya pada harga seperti di bawah :