Cari @ Amanz

iQiyi hari ini telah berkongsi beberapa perkara berkaitan perkhidmatan penstriman video mereka – salah satunya adalah berkaitan masa tontonan pengguna tempatan untuk perkhidmatan penstriman video berkenaan.

Menurut iQiyi, pengguna tempatan paling kerap mengakses perkhidmatan berkenaan pada pukul 1 petang.

Ia diikuti dengan tontonan paling tinggi pada pukul 3 petang dan juga 8 malam.

Dari segi masa keseluruhan, sepanjang 2020 yang lepas, selama 68 juta jam telah dihabiskan oleh pengguna pada platform berkenaan.

Pihak iQiyi turut berkongsi beberapa perkara menarik, termasuk mengatakan siri paling popular adalah 7 Hari Mencintaiku, dan anime yang popular adalah One Piece.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd