7 Sebab HUAWEI MateStation S Wajib Ada Di Meja Kerja Anda

Diterbitkan pada Mac 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Keadaan dunia sekarang merubah corak kita bekerja setiap hari. Dengan pelaksanaan kerja dari rumah bagi golongan pekerja, terdapat keperluan untuk memiliki komputer berkuasa tinggi dirumah, yang setaraf dengan komputer di pejabat tempat anda bekerja. Sekiranya anda memerlukan komputer baharu dan berkuasa, Huawei turut mempunyai tawaran tersendiri untuk pasaran tempatan.

Huawei yang terkenal dengan penawaran peranti berteknologi tinggi, kini hadir dengan HUAWEI MateStation S iaitu komputer desktop berkuasa lengkap dengan paparan skrin bersaiz 23.8-inci. Ia turut hadir dengan papan kekunci, tetikus, dan kesemua ini ditawarkan sebagai satu unit bersama-sama sekaligus memudahkan pengguna untuk mendapatkannya.

Berikut merupakan tujuh sebab HUAWEI MateStation S perlu dimiliki dan diletakkan di ruang meja kerja anda.

Rekaan Kompak Minimalis Menjimatkan Ruangan Kerja

Acapkali apabila berkata mengenai sistem komputer desktop, ia akan hadir pada saiz yang besar, dan boleh mengambil ruang yang banyak. Dan saiz yang besar ini juga disebabkan oleh janaan tenaga yang tinggi, memerlukan kuasa penyejukan yang besar. 

Berbeza dengan desktop biasa, HUAWEI MateStation S hadir dalam rekaan kompak dan cantik dengan corak pergerakan bintang yang tersendiri boleh menghiasi ruang kerja anda. Dengan rekaan selebar 9 cm dan setinggi 29 cm dan berat sekitar 4.2kg, ia menjadikan jumlah isipadu komputer ini hanyalah 8.6 liter dan menjadikan saiznya hanyalah satu per tiga dari komputer desktop biasa, iaitu jauh lebih ringan dan lebih kecil serta tidak menjana haba yang banyak. Hal ini menjadi realistik berikutan keupayaan komputer ini yang telah dioptimasikan dengan sangat baik. 

Disertakan Paparan Skrin 23.8-inci

Apabila membeli komputer, anda juga memerlukan paparan skrin dan apabila anda membeli HUAWEI MateStation S, anda juga akan menerima paparan skrin 23.8-inci Full HD. Pada saiz dan resolusi sebegini, ia melengkapkan ruang kerja anda tanpa perlu berfikir untuk membeli paparan secara berasingan. 

Lebih dari itu, paparan skrin ini tampak elegan dengan tiga bezel ramping menjadikan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90% yang memberikan pengalaman lebih baik sewaktu bekerja atau sewaktu menonton video pada komputer ini. Malah ia juga menerima pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light & Flicker Free dimana ia tidak menghasilkan ‘cahaya biru’ yang tidak baik untuk mata, dan bebas dari sebarang kerlipan skrin sewaktu menggunakannya. 

Spesifikasi Berkuasa Prestasi Tinggi Dengan Penyejukan Senyap

Menyempurnakan ruang kerja anda adalah cip pemprosesan yang berkuasa iaitu AMD Ryzen 5 4600G lengkap dengan Radeon Graphics, RAM sebanyak 8GB yang terdiri dari 2 unit DDR4 3200 MHz, dan kapasiti storan pula berasaskan pemacu SSD 256GB berkelajuan tinggi yang disambungkan kepada slot PCIe x4 yang menyokong bandwidth maksimum 32Gbps yang membolehkan penghantaran data yang tersangat laju.

Meskipun dilengkapi komponen-komponen berteknologi tinggi, kesemua komponen ini disejukkan oleh kipas menegak dengan sirip penyejuk berkepadatan tinggi. Malah tahap kebisingan yang terhasil dari kipas ini hanyalah 22dB dan jika komputer ini beroperasi pada kelajuan tertinggi, ia masih senyap, sekitar 28dB sahaja dan tidak akan mengganggu tidur anda. 

Percayalah, tiada orang yang mahukan komputer desktop yang bising, maka HUAWEI MateStation S ini pilihan yang terbaik untuk anda.

Papan Kekunci Dengan Pengimbas Cap Jari 

Dalam kebanyakan sistem, pengimbas cap jari dapat menawarkan tahap sekuriti yang lebih tinggi bagi melindungi fail kerja anda yang penting. Fungsi pengimbas cap jari biasanya terdapat pada komputer yang professional, yang dicipta untuk tujuan kerja. 

Turut disertakan pada HUAWEI MateStation S ialah Huawei Wired Keyboard with Fingerprint. Papan kekunci Huawei dengan pengimbas cap jari ini boleh digunakan untuk menghidupkan dan mengoperasikan komputer ini, semudah dengan mengimbas cap jari. Ini sekaligus memberikan lebih jaminan terhadap fail-fail anda yang perlu dijaga. 

Melengkapkan fungsi sekuriti yang tinggi adalah bentuknya yang nipis dan menunjukkan bahasa rekaan yang minimal. Dibawah setiap penutup papan kekunci ini adalah mekanisma scissor-key yang hanya setinggi 2.5mm mewujudkan key-travel yang agak minima bagi menjamin pengalaman menaip yang tidak meletihkan jari pengguna, sekaligus boleh mengurangkan kerengsaan dan keletihan tangan pengguna. 

Setiap permukaan kekunci pada papan kekunci ini juga mempunyai saiz yang sedikit luas berbanding kebanyakan papan kekunci yang lain. Menjadi satu piawaian papan kekunci penuh (full-size keyboard) bagi mempunyai permukaan sekurang-kurangnya 15mm x 15mm dan pada setiap kekunci Huawei Wired Keyboard ini ia membawakan permukaan seluas 16.05mm x 16.05mm sekaligus memberikan ketepatan dan kejituan untuk setiap kekunci yang ditekan.

Dan satu lagi fungsi yang terdapat pada papan kekunci ini adalah anda boleh menyentuhkan peranti anda kepada papan kekunci ini bagi mengaktifkan dan melancarkan Huawei Share.

Huawei Share Memudahkan Tambatan & Melancarkan Aplikasi Peranti Di Komputer

Sekiranya anda telahpun mempunyai aplikasi Huawei Share, penghantaran fail antara peranti anda dan komputer HUAWEI MateStation S adalah sangat pantas. Jika anda tidak pernah menggunakan Huawei Share, ia semudah seret dan letak fail yang dipilih, dan perkongsian akan terus dapat dilakukan. Anda juga boleh menggunakan arahan Copy & Paste antara kedua-dua peranti ini membolehkan arahan ini dilakukan menerusi apa jua peranti yang menyokong Huawei Share. 

Selain dari itu, pengguna juga boleh melancarkan sehingga 3 aplikasi berbeza dari telefon pintar pada Huawei MateStation S . Jika dilihat dari segi produktiviti, pengguna boleh menghadiri telesidang, dan masih boleh menggunakan aplikasi mengambil nota pada telefon pintar yang dipaparkan pada desktop, disamping menelefon rakan sekerja yang dipaparkan pada paparan ketiga. 

Sambungan Internet Pantas Dengan MIMO WiFi dan Bluetooth 5.0

Huawei merupakan jenama yang sangat dikenali ramai dalam dunia infrastruktur telekomunikasi dan ia juga turut tersemat dalam pembuatan komputer ini. HUAWEI MateStation S ini turut membawakan pilihan sambungan internet yang pantas, disokong oleh 2×2 MIMO Wi-Fi. Dengan capaian ini, pengguna akan menikmati sambungan internet WiFi yang lebih pantas dan juga kurang gangguan. Dan sekiranya anda berminat untuk menyediakan sambungan WiFi-6 dan menyokong Wifi-mesh, penghala (router) HUAWEI AX3 Dual Core bakal dijual tidak lama lagi pada harga RM 199 sahaja.

Ia juga dilengkapi Bluetooth 5.0 yang memudahkan fungsi-fungsi tambatan dengan komputer ini berlaku dengan begitu pantas, dan menjamin tambatan Bluetooth yang lebih lama dan stabil tanpa gangguan. Selain dari itu ia turut dilengkapi port pengecasan pantas USB-C 18W yang memudahkan anda untuk mengecas peranti anda dalam masa yang singkat. 

Di belakang komputer ini terdapat port-port lain termasuklah RJ45 Ethernet, USB-A, HDMI, VGA dan juga Serial port bagi memastikan kesemua peranti anda dapat menyokong komputer yang berkuasa ini. Dengan kata lain, anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli perkakasan tambahan terutamanya dongle yang melecehkan.

Kesemua ini ditawarkan pada harga RM 2,999

Melengkapkan kesemua ciri-ciri ini adalah penawaran harganya yang sangat berpatutan. Dengan cip AMD terkini iaitu AMD Ryzen 5 4600G , hadir dalam rekaan kompak, penawaran sekuriti yang teguh menerusi papan kekunci dengan pengimbas cap jari, senyap dan pantas beroperasi baik melayari internet atau menghubungkan peranti anda dengan komputer ini, HUAWEI MateStation S yang ditawarkan pada harga RM 2,999 sememangnya salah satu pelaburan yang berbaloi dan bakal memberikan pulangan nilai untuk pengguna.

Anda boleh membeli HUAWEI MateStation S di kedai atas talian Huawei bermula hari ini dan berpeluang untuk mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM 855 dengan setiap pembelian (tertakluk pada terma & syarat), selagi stok masih ada.

Ketahui lebih lanjut: Huawei MateStation S

Penafian: Advertorial Dari Huawei Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami