Black Shark Turut Melancarkan Beberapa Aksesori Baharu Termasuk Kerangka Pelindung Penyejuk Untuk Black Shark 4

Diterbitkan pada Mac 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Black Shark baru sahaja sebentar tadi melancarkan siri Black Shark 4 mereka. Ia adalah pengganti kepada Black Shark 3, 3 Pro dan 3S yang dilancarkan pada tahun lepas. Kali ini Black Shark turut menawarkan variasi dengan Snapdragon 870 bagi membezakan versi biasa dan Pro yang dijana dengan Snapdragon 888.

Seperti ROG, Black Shark juga turut melancarkan beberapa aksesori baharu khusus untuk peranti terkini mereka. Tahun lepas yang menarik perhatian adalah Black Shark Fun Cooler Pro, iaitu kipas penyejuk yang gila sejuk sehingga boleh menghasilkan ais. Kali ini mereka lancarkan generasi kedua pula. Turut dilancarkan adalah kerangka pelindung penyejuk yang didakwa boleh menyerap haba agar peranti tidak panas dan pengguna masih boleh memegangnya.

Power Bank 20,000mAh baharu turut dilancarkan bersama-sama dengan set fon telinga berwayar. Ini kerana Black Shark 4 masih menyertakan port bisu audio 3.5mm.

Harga jualan setiap aksesori adalah dari RMB39 iaitu sekitar RM25 sehingga RMB249 iaitu sekitar RM158.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami