Untuk pembangun pelayar web, diantara isu terbesar yang dihadapi mereka ialah keserasian diantara pelayar web yang berbeza. Hanya kerana anda berjaya membangunkan laman web yang kelihatan cantik pada satu pelayar web, ia tidak semestinya akan kelihatan cantik pada pelayar web yang lain.
Oleh kerana ini, Google dan Microsoft baru-baru ini telah menandatangani kolaborasi yang dinamakan Compat2021 dimana kedua-dua syarikat ini, melalui pelayar web Google Chrome dan Microsoft Edge mereka akan cuba untuk memperbaiki keserasian kedua-dua pelayar web ini supaya ia lebih mesra pembangun.
Google dan Microsoft mengatakan mereka akan memperbaiki lima isu utama yang membelenggu pembangun-pembangun ini, seperti CSS Flexbox, CSS Grid, CSS Position: Sticky, CSS Aspect Ratio Priority dan CSS Transforms.
Melalui Compat2021, Google dan Microsoft telah mengambil input daripada pelbagai pembangun tentang ciri-ciri manakah yang perlu diperbaiki dulu, dan buat masa ini, ciri-ciri yang diketengahkan tersebut akan mula diperbaiki.
Dengan penambahbaikan ini, ia diharap akan mengurangkan beban pembangun apabila mereka membangunkan laman web yang akan digunakan pada pelbagai jenis pelayar.