Carian
Honor Pad 7 Dilancarkan – Bersaiz 10.1-Inci Dan Bateri 5100mAh
March 23, 2021 Amy Maizuraa

Seperti yang dilaporkan oleh IDC sebelum ini, pengeluaran tablet telah meningkat sebanyak 13.9% sepanjang tahun 2020. Ia jelas menunjukkan, segmen pengeluaran tablet kini menerima kesan yang positif. Setiap tahun, terdapat pelbagai pengeluar yang sentiasa menghasilkan tablet baharu – termasuklah Honor sendiri.

Dalam perkembangan terkini, Honor dilihat hadir dengan penawaran tablet baharu – menerusi pengenalan Honor Pad 7. Tablet bersaiz 10.1-inci ini dilengkapi panel sejenis LCD dengan resolusi 1920 × 1200 piksel.

Seterusnya, ia juga dijana oleh cip MediaTek MT8786, memori 4GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB dan bateri berkapasiti 5100mAh. Tetapan kamera utama terdiri dengan sensor 5-Megapixel. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 2-Megapixel.

Spesifikasi lain termasuklah – bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C dan sebagainya. Untuk harga, Honor Pad 7 dijual di China pada harga bermula RMB1,399 (RM 885) untuk versi Wi-Fi. Sementara itu, Honor Pad 7 versi LTE pula ditawarkan bermula RMB1,599 (RM 1,011).

Komen