Cari @ Amanz

Bulan Mac tahun lalu, Spotify telah mengemaskini antaramuka aplikasi untuk pengguna lebih mudah terokai muzik dan lebih seronok menggunakannya. Selepas setahun, sekali lagi Spotify mengemaskini antaramuka baharu untuk aplikasi Android dan juga iOS.

Kemaskini kali ini lebih kepada pengguna premium yang mana adalah untuk pengguna tidak akan mudah tertinggal dengan muzik terkini. Podcast turut diberikan tekanan, di mana pengguna premium boleh mencari podcast baru dan kembali dengar episod lama dengan mudah. Pengguna percuma turut dapat ciri baru ini, tetapi terhad dengan senarai main Recently played baharu sahaja. Berikut adalah senarai yang lebih jelas mengenai perubahan ini;

  • Imbau kembali masa silam: Senarai muzik Recently played, iaitu senarai muzik yang baru sahaja dimainkan kini memaparkan sejarah pendengaran sejak tiga bulan ke belakang. Pengguna boleh akses senarai main tersendiri yang lama, lagu-lagu solo dan juga album. Ciri ini akan ditawarkan untuk semua pengguna.
  • Nikmati podcast baru dan habiskan dengar yang lama: Khusus untuk pengguna premium di peringkat global, terdapat sususan card khas di skrin utama aplikasi Spotify. Setiap cards ini adalah podcast yang Spotify cadangkan kepada pengguna, episod baru atau episod lama yang belum habis didengari. Setiap episod baru dipaparkan dengan bintik indikasi berwarna biru.
  • Terokai lebih banyak muzik baharu: Juga khusus untuk pengguna premium, di mana setiap muzik popular, baru atau yang sesuai melalui cadangan akan lebih mudah diakses. Ini adalah untuk pengguna tidak terlepas dengan muzik terkini.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd