Pada hari ini, sejumlah aplikasi pada aplikasi Android tergendala, dan termasuk aplikasi popular dikalangan pengguna tempatan, iaitu MySejahtera.
Untuk makluman, masalah ini bukan disebabkan oleh aplikasi MySejahtera, tetapi disebabkan oleh masalah pada kemaskini WebView atau Chrome.

Ini membawa masalah untuk bukan sahaja aplikasi MySejahtera, tetapi juga beberapa aplikasi lain – termasuk seperti GMail dan sebagainya. Google sendiri mengesahkan masalah ini, dan meminta pengguna mengemaskini dua aplikasi utama.
Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda dinasihatkan untuk mengemaskini aplikasi WebView dan Chrome ke versi terkini, dan mengatasi masalah ini.
Anda boleh lakukannya dengan memuat-turun Android System WebView dan Google Chrome versi terbaru dari Google Play Store hari ini.