OnePlus 9R Kini Rasmi – Sebuah Lagi Peranti Dengan Snapdragon 870

OnePlus 9R Kini Rasmi – Sebuah Lagi Peranti Dengan Snapdragon 870

Diterbitkan pada Mac 23, 2021 oleh .

Untuk tiga hari berturut-turut, sebuah lagi peranti dengan cip Snapdragon 870 diumumkan. Kali ini OnePlus 9R pula menjadi peranti yang menggunakan cip yang merupakan Snapdragon 865 yang dikemaskini dengan teras lebih pantas. Rekaannya sama seperti OnePlus 9 Pro tetapi skrin pula sama seperti OnePlus 9.

Dari segi spesifikasi, OnePlus 9R dilengkapi skrin rata 6.55 AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4500 mAh. Seperti dua abang besarnya, 9R turut menyokong pengecasan pantas berwayar 65W tetapi tiada pengecasan berwayar.

Kamera sedikit berbeza kerana dilengkapi sensor 48MP sudut lebar, 16MP ultra sudut lebar, 5MP makro dan 2MP monokrom. Tiada penjenamaan Hasselblad pada peranti ini nampaknya dan oleh itu antaramuka khusus serta sistem Natural Color Calibration tidak disertakan. Pada bahagian hadapan pula sensor 16MP digunakan yang diletakkan dalam lubang kamera pada skrin.

Kemampuan rakaman video adalah sehingga 4K 60FPS dengan mod gerak perlahan sehingga 1080p 240 FPS sahaja.Sistem operasi adalah OxygenOS berasaskan Android 11 dan peranti menyokong rangkaian 5G. Pada waktu ini OnePlus 9R hanya ditawarkan di India pada harga ₹39,999 (~RM2273) untuk versi 8/128 GB dan ₹43,999 (~RM2501) untuk versi 12/256 GB. Penawaran warna pula ialah Carbon Black dan Lake Blue.


Paling Popular