Chrome Akan Menggunakan HTTPS Pada Bar Alamat Secara Automatik Bermula Chrome 90

Diterbitkan pada Mac 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, menjadi kebiasaan untuk pengguna menaip domain URL untuk sesuatu laman yang ingin dikunjungi, tanpa menaip HTTPS atau HTTP. Ketika perkara ini dilakukan pada pelayar web Chrome melalui bar alamat, pelayar web kini membawa kepada sambungan protokol HTTP terlebih dahulu – dan akan bergantung kepada web berkenaan untuk membawa ke protokol HTTPS.

Namun, perkara berkenaan akan berubah melaluiĀ Chrome 90 kelak.

Google HTTPS

Bermula dari Chrome 90, bar alamat akan mengaktifkan protokol HTTPS ketika pengguna menaip URL pada bar alamat – sekaligus mengutamakan penyulitan ketika melayari web.

Pembangun Chrome turut mengatakan, bagi laman yang tidak menyokong HTTPS, maka Chrome akan membawa kepada laman HTTP apabila sambungan ke HTTPS gagal.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami