Cari @ Amanz

Sebelum ini kedengaran ura-ura OnePlus akan melancarkan peranti untuk permua pertama mereka. Ini tidak berlaku tetapi sebaliknya hanya aksesori OnePlus Gaming Triggers diumumkan. Ia adalah sepasang butang bahu fizikal yang dikepit pada tubuh peranti.

Butang fizikal ini berfungsi secara kapasitif tanpa memerlukan sebarang tambatan bluetooth ataupun aplikasi. Oleh sebab itu ia boleh digunakan pada kesemua peranti Android dan iOS asalkan ia tidak melebihi ketebalan maksimum 11.5 mm. Suis Omron yang digunakan menurut OnePlus akan memberikan tindak balas haptik yang memuaskan ketika sesi permua. Di India, sepasang OnePlus Gaming Triggers dijual pada harga ₹999 (~RM57) dalam warna hitam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd