Qualcomm Merancang Untuk Hadir Dengan Konsol Seumpama Nintendo Switch Berasaskan Android

Diterbitkan pada Mac 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Qualcomm kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah peranti berasaskan Android yang memfokuskan kepada permainan video, dan hadir dengan rekaan seumpama Nintendo Switch.

Ini sekaligus akan memperlihatkan penyertaan Qualcomm dalam arena konsol, selain memperlihatkan kuasa operasi cip Qualcomm dalam arena permainan video. Qualcomm dijangka memasarkannya seawal tahun 2022 kelak. 

Menurut laporan Android Police, konsol ini dijangka hadir dengan alat kawalan yang boleh ditanggalkan seumpama Nintendo Switch, selain turut mengakses kepada sejumlah permainan Android – termasuk seperti Fortnite, PUBG, Genshin Impact dan sebagainya.

Nintendo Switch

Ia diperkatakan Qualcomm bukan sekadar membangunkan peranti konsep, tetapi sebaliknya menyasarkan untuk memasarkan konsol ini kepada orang ramai.

Sekiranya benar, tidak mustahil juga kita melihat penawaran pengeluar lain yang turut dengan peranti lebih kurang sama sebaik sahaja selepas pengenalan pihak Qualcomm kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami