Apple Teacher Portfolio Ialah Platform Untuk Guru Belajar Menggunakan Produk Apple Di Sekolah

Apple Teacher Portfolio Ialah Platform Untuk Guru Belajar Menggunakan Produk Apple Di Sekolah

Diterbitkan pada Mac 24, 2021 oleh .

Pandemik Covid-19 mendedahkan beberapa perkara tentang institusi pendidikan di seluruh dunia. Ramai masih belum bersedia kerana infrastruktur yang lemah, kurangnya akses kepada peranti, pelajar yang bidang terjun menimba ilmu di atas talian dan guru yang tidak pernah diajar untuk menggunakan medium digital. Apple Teacher Portfolio telah diumumkan semalam sebagai platform untuk guru-guru menggunakan pelbagai peranti dan aplikasi Apple bagi menghasilkan bahan membantu pengajaran di sekolah.

Platform percuma ini mengajar teknik asas seperti menyunting video menggunakan iMovie, menghasilkan slaid dalam Keynotre dan menghasilkan podcast menggunakan GarageBand. Terdapat pelbagai tutorial yang boleh diakses oleh tenaga pengajar bagi meningkatkan kemampuan digital mereka sekaligus membolehkan bahan membantu pengajaran dalam kelas yang lebih efektif dapat dihasilkan. Selepas habis mengambil modul yang diajar, guru akan menerima lencana bagi menunjukkan tahap kepakaran mereka.

Aplikasi Schoolwork dan Classroom juga ditambah baik untuk menyokong pengajaran di atas talian. Guru boleh berkongsi tugasan dengan pelajar serta menganalisa prestasi murid berdasarkan masa yang dihabiskan menggunakan aplikasi. Kesemua ciri baharu ini boleh diakses menerusi Apple Teacher Learning Center.


Paling Popular