Casio Melancarkan Baby-G x Pokémon Edisi Ke-2 – RM749

Casio Melancarkan Baby-G x Pokémon Edisi Ke-2 – RM749

Diterbitkan pada Mac 24, 2021 oleh .

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama jam Casio? Lagi-lagi siri G-Shock dan Baby-G yang ada peminat tersendiri, komuniti, mengumpul edisi khas dan banyak lagi. Baby-G adalah “G-Shock” untuk wanita kerana rekaan dan yang lebih kecil, penggunaan warna yang lebih ceria dan sudah semestinya tema-tema unik khusus untuk memikat hati wanita.

Terkini, Casio telah melancarkan Baby-G x Pokémon kolaborasi ke-2 – BA-110PKC. Kali ini, jam yang digunakan adalah jenis hibrid analog dan digital berbeza dengan edisi pertama yang menggunakan jam digital sahaja. Watak Pikachu disertakan pada jam ini dengan corak kamoflaj serta Pikachu turut mempunyai ekor berbentuk hati. Jam ini dikatakan direka untuk kegunaan di luar kerana lebih nampak aktif dan mengekalkan identiti asal Baby-G. Setiap jarum jam turut mempunyai tema muka Pikachu.

Jam ini juga adalah jam tahan lasak yang mana boleh tahan hentakan, perlindungan air 100 meter, dan beberapa fungsi asas seperti penggera dan sebagainya. Setiap pakej belian didatangi dengan kotak mirip Pokéball. Harga jualan di Malaysia adalah RM749


Paling Popular