Samsung Galaxy M02 Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM299

Diterbitkan pada Mac 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung dilihat memperluaskan lagi penawaran siri Galaxy M mereka untuk pengguna di Malayia. Selain daripada Samsung Galaxy M51 dan Galaxy M62. Kini, anda juga boleh mendapatkan Samsung Galaxy M02 pula pada harga RM399 untuk sebuah. Terdapat dua pilihan variasi warna menarik yang boleh dipilih – seperti Black dan Blue.

Bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkannya pada harga jauh lebih rendah ketika jualan Flash Sale yang berlangsung pada 27 Mac ini. Melaluinya, diskaun sebanyak RM100 diberikan dan peranti pintar ini boleh dibeli pada harga serendah RM299 sahaja. Harus ditegaskan, penawaran promosi ini hanya terhad untuk sehari sahaja.

Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy M02 dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci HD+, dijana cip MediaTek MT6739W, memori 2GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 5000mAh. Tetapan kamera utama terdiri dengan 13-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro) dan kamera swafoto pula sebesar 5-Megapixel.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami