Lebih 6.4 Juta Telah Mendaftar Mendapat Vaksin Covid-19 – Selangor Masih Dengan Pendaftaran Tertinggi

Diterbitkan pada Mac 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sudah hampir sebulan pendaftaran bagi mendapatkan vaksin virus Covid-19 dibuka. Pendaftaran ini adalah menerusi aplikasi MySejahtera dan dalam masa dua minggu sudah 3,658,538 rakyat Malaysia mendaftar untuk mendapatkan vaksin ini. Terkini seramai 6,442,512 rakyat Malaysia telah mendaftar sejak 23 Mac.

Pendaftaran dari Labuan mencatatkan jumlah yang paling rendah, iaitu 21,709 dan kedua adalah dan Sabah masih lagi rendah dengan jumlah 173,820 dan 44,247 dari Putrajaya. Selangor dan Johor masih mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu 1,843,619 dan 820,260. Jumlah rakyat yang mula berminat untuk mendapatkan vaksin ini juga meningkat 26.56% secara keseluruhan. Tetapi dengan jumlah rakyat Malaysia dan bilangan aplikasi MySejahtera dimuat turun yang tinggi, jumlah daftar minat ini pada hemat kami masih lagi rendah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami