Carian
Lenovo Legion 2 Pro Akan Dilancarkan Pada 8 April 2021
March 24, 2021 Amy Maizuraa

Lenovo sedia hadir dengan penawaran peranti yang memfokuskan permua di bawah jenama Legion. Dalam perkembangan terkini, mereka telah berkongsi perancangan untuk memperkenalkan peranti Legion yang seterusnya tidak lama lagi.

Peranti yang dimaksudkan adalah Lenovo Legion 2 Pro dan pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 8 April kelak. Perkara ini dikongsi sendiri oleh pihak Lenovo menerusi satu poster acah yang tersebar. Tapi sayangnya, poster berkenaan tidak pula mendedahkan sebarang spesifikasi utama pada peranti.

Ramai pihak berpendapat, ia berkemungkinan peranti mister daripada Lenovo yang tertiris dengan kod model L70081 sebelum ini. Jika ianya benar, peranti ini dipercayai hadir dengan sokongan dua port sambungan USB-C seperti pendahulunya.

Lenovo Legion Duel
Lenovo Legion Phone Duel 

Bukan itu sahaja, peranti pintar ini juga mungkin dilengkapi cip Snapdragon 888, memori 16GB RAM, pengecasan pantas 110W, sistem operasi Android 11 dan sokongan sistem penyejukan dwi-turbo yang dinaik taraf untuk pengalaman permainan yang konsisten.

Komen