Cari @ Amanz

Kamera adalah salah satu perkara penting yang orang ramai akan lihat sebaik sahaja sesebuah peranti mercu baru dilancarkan. Ini kerana kamera pada peranti mercu akan menawarkan pelbagai teknologi terkini dan terhebat untuk bersaing dengan peranti lain dan terus menjadi yang terbaik dalam industri telefon pintar. Samsung Galaxy S21 Ultra adalah diantara peranti mercu ini, kerana ia adalah telefon pintar yang terkini dan yang paling berkuasa ditawarkan oleh Samsung. Peranti ini disasarkan kepada mereka yang ingin mengembangkan lagi bakat sebagai pengarah atau juruvideo. Mengapa saya berkata sedemikian? Hal ini adalah kerana siri Samsung Galaxy S21 ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi rakaman yang menarik dimana ia sangat membantu untuk menghasilkan rakaman yang cukup berkualiti seolah olah menggunakan kamera professional.

Jika sebelum ini, untuk menghasilkan video yang berkualiti seumpama filem, anda memerlukan banyak peralatan yang besar dan pelbagai jenis lensa untuk menghasilkan rakaman yang sinematik. Namun, dengan Samsung Galaxy S21 Ultra, iaitu sebuah peranti dengan sistem kamera hebat ini, ia boleh dimasukkan dalam kocek seluar sahaja. Bayangkan, keluarkan sahaja peranti dari kocek seluar terus boleh menggunakan sistem kuad-kamera yang memuatkan sensor utama 108MP f/1.8, sensor sudut ultra-lebar 12MP f/2.2 dan 2 sensor telephoto 10MP untuk butiran tambahan serta bokeh yang lebih baik. Melalui peranti seperti ini, ia menawarkan akses lebih mudah berbanding kamera nircermin atau DSLR yang perlu kerap bertukar-tukar lensa dan pelbagai mod atau aksesori lain. Galaxy S21 Ultra adalah kamera berkuasa yang mudah alih. Nyahkunci peranti, buka aplikasi kamera, tekan pengatup dan lihatlah hasil indah terpapar pada skrin yang OLED yang cantik.

Malah, anda juga perlu membuat rakaman yang lebih banyak dalam satu masa dan perlukan bantuan orang lain juga untuk mendapatkan satu rakaman daripada pelbagai sudut bagi menghasilkan rakaman yang lebih terperinci dan berkualiti. Untuk peranti ini menepati citarasa seseorang pengarah yang ingin merealisasikan idea filem mereka, Samsung menawarkan fungsi multi-kamera yang sentiasa aktif, iaitu Directors View. Ciri ini memaparkan pandangan dari ketiga-tiga lensa utama, ultra-lebar dan juga telefoto. Melalui ini pengarah boleh lihat sudut tertentu atau perspektif yang ingin mereka sampaikan dalam filem yang ingin dihasilkan. Dengan kemampuan merakam pada dua lensa serentak, pengarah mempunyai pilihan sama ada ingin menggunakan lensa yang mana untuk terus merakam – atau boleh bertukar-tukar lensa kelak apabila ingin merakam adegan lain yang bersesuaian dengan setiap lensa.

Sudah semestinya, Galaxy S21 Ultra turut sesuai digunakan oleh para pengkarya video (vlogger). Directors View turut mempunyai kemampuan Gambar-dalam-Gambar yang memaparkan tetingkap kecil untuk kamera swafoto aktif sambil menggunakan kamera belakang. Ini membolehkan vlogger menjadikan skrin peranti sebagai paparan untuk rujukan atau untuk melihat diri sendiri untuk memastikan diri berada di dalam bingkai kamera. Mod lain seperti Split pula membolehkan pandangan dua tetingkap atas dan bawah jika itu yang menepati citarasa masing-masing.

Dengan banyak televisyen beresolusi 4K dijual pada harga lebih mampu milik, pasti sudah ramai memilikinya untuk menikmati kandungan 4K yang lebih cantik, terang dan memberikan pengalaman tontonan yang imersif. Jadi, kamera Samsung Galaxy S21 Ultra ini boleh merakam video mencapai resolusi 4K 60FPS. Jika itu tidak cukup, peranti mercu Samsung ini turut boleh merakam video 8K 30FPS. Melalui sokongan rakaman video 8K ini, fungsi Video Snap turut ditawarkan kerana setiap rakaman 8K mempunyai saiz bingkai 33MP. Jadi pengguna boleh mencari saat  menarik dalam setiap rakaman 8K seperti senyuman yang manis, saat yang lucu, peristiwa yang tidak boleh dilupakan dan tekan ikon kamera di sebelah butang pengatup untuk simpan imej berkualiti ini. Disebabkan peranti Samsung juga mempunyai sokongan OIS, penstabilan imej optik – terdapat pilihan untuk merakam video yang cukup stabil dan cantik.

Jika anda masih ragu-ragu dengan kehebatan telefon pintar ini, Samsung telah berkolaborasi bersama pengarah tempatan untuk merakamkan sebuah filem pendek. Pengarah tersebut telah menghasilkan karya yang cukup menarik dengan hanya menggunakan Samsung Galaxy S21 Ultra sebagai kamera utama mereka. Malah baru-baru ini Samsung Malaysia telah pun menerbitkan video acah tentang filem pendek ini dimana kesemuanya merupakan hasil rakaman daripada Samsung Galaxy S21 Ultra dan ia akan ditayangkan tidak lama lagi. Telefon pintar ini memang berbaloi jika anda seorang yang meminati bidang penghasilan video yang sinematik. Tonton video acah daripada Samsung ini untuk dapatkan gambaran tentang kehebatan rakaman Galaxy S21 Ultra serta nantikan kehebatan sebenar kamera Samsung Galaxy S21 Ultra pada filem pendek ini kelak.

Secara kesimpulannya, telefon pintar ini jelas sekali memudahkan lagi anda untuk menghasilkan video berkualiti tinggi. Pelbagai mod penggambaran yang disediakan, ditambah pula dengan spesifikasi yang premium, tentunya produktiviti harian anda dapat ditingkatkan. Jadi, jika anda berminat untuk membeli siri Galaxy S21, ia boleh didapati pada harga bermula RM3699 sehingga RM5899 untuk pasaran Malaysia. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan aksesori Samsung dengan potongan harga sebanyak 50% yang dan juga barangan Samsung secara percuma seperti Galaxy Fit2, SmartTag dan Wireless Charger Trio yang bernilai RM697.  Kesemuanya tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Samsung Malaysia. Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Samsung Malaysia.

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd