Tesla Kini Menerima Bayaran Melalui Bitcoin – Bermula Dari Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Mac 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tesla sebelum ini telah melakukan pelaburan dengan membeli Bitcoin sebagai aset, dan mengumumkan akan menerima kriptowang berkenaan untuk urusan pembelian kenderaan. 

Selari dengannya, kini Tesla di Amerika Syariikat telah mula menerima mod pembayaran secara Bitcoin. Elon Musk turut mengatakan sebarang Bitcoin yang dibayar kepada Tesla akan dkekalkan dalam bentuk Bitcoin, dan tidak ditukar kepada mata wang biasa.

Tesla dijangka memperluaskan penerimaan kriptowang Bitcoin ke negara-negara lain kelak pada tahun ini. Buat masa ini, Tesla hanya menerima kriptowang Bitcoin sahaja, dan tidak menerima kriptowang lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami