Realme dilihat bagai tiada henti muncul dengan penawaran produk baharu dalam masa terdekat ini. Baru sahaja melancarkan Realme C21 yang dijual pada harga RM499. Tidak lama kemudian, jenama ini sekali lagi menjadi buah mulut ramai apabila bakal memperknalkan Realme Narzo 30A dan beberapa aksesori gaming pada penghujung bulan ini.

Dalam perkembangan terkini, sebuah lagi peranti misteri baharu Realme telah tersenarai di laman pengesahan SIRIM Malaysia pada 18 Mac 2021. Peranti pintar ini didapati muncul dengan kod muncul dengan nombor model RMX3231 dan dan ia didaftarkan dengan nama pemohon Jie Communication Sdn. Bhd.
Selain SIRIM, ia juga dikatakan telah muncul menerusi sejumlah pangkalan data lain termasuklah – Bureau of Industry and Security (BIS) di India, NBTC Thailand dan TKDN Indonesia. Peranti pintar ini bagaimanapun, belum dilancarkan secara rasmi. Jadinya, masih belum jelas mengenai nama model. Tetapi, timbul desas-desus mengatakan ia mungkin dikenali sebagai Realme C11 (2021).

Butiran untuk spesifikasi juga masih tidak diketahui. Tetapi, menurut spekulasi awal ia dipercayai menggunakan bateri 5000mAh dan sistem operasi Android 11. Kita juga boleh menyasarkan ia mungkin dijana cip MediaTek Helio G35 – sama seperti pendahulunya.