Carian
Oppo Band Akan Mula Dijual Pada 27 Mac 2021 – Harga Serendah RM99
March 24, 2021 Amy Maizuraa

Oppo kini memaklumkan bahawa mereka bakal hadir dengan penawaran peranti-boleh pakai baharu untuk pengguna di Malaysia. Dikenali sebagai Oppo Band, ia merupakan sebuah gelang tangan pintar yang memfokuskan kepada pemantauan kesihatan para pengguna.

Bagi yang berminat Oppo Band akan ditawarkan pada harga RM159 untuk seutas. Namun begitu, anda boleh mendapatkannya pada harga promosi serendah RM99 ketika jualan Flash Sale yang berlangsung pada 27 Mac 2021. Mesra diingatkan, ini adalah promosi masa terhad untuk sehari sahaja.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo Band dilengkapi skrin bersaiz 1.1-inci AMOLED, 12 mod sukan berbeza dan jangka hayat bateri maksimum 12 hari. Seperti sejumlah gelang tangan pintar yang lain, ianya juga sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan aktiviti tambahan – termasuklah kadar denyutan jantung, pemantauan corak tidur, SpO2 dan sebagainya.

Komen