Cari @ Amanz

Realme 8 Pro Diperkenalkan Dengan Kamera 108MP, Snapdragon 720G

Oleh Aman

Link Copied!

Realme hari ini telah memperkenalkan telefon pintar Realme 8 Pro terbaru, sekaligus meneruskan penawaran telefon pintar berspesifikasi pertengahan pada harga yang mesra poket, dengan ciri-ciri seumpama peranti premium.

Melalui Realme 8 Pro, pihak Realme mengatakan ia hadir dengan sensor kamera Samsung ISOCELL HM2 sebesar 108-megapixel sebagai sensor utama – sekaligus menawarkan sensor bersaiz besar pada peranti berspesifikasi pertengahan jenama Realme.

Realme 8 Pro hadir dengan skrin 6.4-inci Super AMOLED, dijana cip Snapdragon 720G, memori sehingga 8GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan 50W.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera utama belakang 108-megapixel, dilengkapkan dengan sensor ultra-lebar, sensor ultra makro, dan juga lensa hitam-putih.

Realme turut menyertakan beberapa mod khusus seperti Super Nightscape, kebolehan zum digital, dan juga ciri seperti “Tilt-shift Time-lapse”. Realme 8 Pro menyertakan pengimbas cap jari pada skrin.

Buat masa ini, Realme 8 Pro hanya dilancarkan di India dan Eropah sahaja. Peranti ini dijangka diperluaskan dan ditawarkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.


Komen ()