Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan Realme 8 Pro, pihak Realme turut memperkenalkan model berspesifikasi lebih rendah, dinamakan Realme 8.

Realme 8 hadir dengan skrin 6.4-inci Super AMOLED pada kadar resolusi 1080p, dijana dengan cip MediaTek Helio G95, memori sehigga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB.

Melengkapkan ia adalah empat-kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, dan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 30W.

Pihak Realme telah melancarkannya di India hari ini bersama-sama Realme 8 Pro. Untuk pasaran tempatan, siri Realme 8 dijangka diperkenalkan sebelum Hari Raya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd