Lenovo ThinkVision T24t-20 Ialah Monitor PC Dengan Sokongan Sesentuh

Diterbitkan pada Mac 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telefon pintar, kamera digital, desktop AIO, tablet dan komputer riba kesemuanya mempunyai skrin sesentuh yang memudahkan navigasi. Tetapi aneh sekali tidak banyak monitor komputer yang menyokongnya. Vakum ini diisi oleh Lenovo dengan monitor sesentuh ThinkVision T24t-20.

Monitor ini dilengkapi skrin IPS 23.8″ dengan 2880 zon mengesan sentuhan. Ia mampu memaparkan 99% sRGB dengan masa tindak balas pula sekitar 4ms. Bahagian tengkuk boleh didongak di antara -5 hingga 70 darjah dengan ketinggian boleh dilaras sehingga 90mm. Ia direka untuk disambungkan kepada telefon dan tablet untuk pengejaran secara atas talian. Oleh itu di bahagian tapak terdapat tempat untuk meletakkan dua peranti ini.

Terdapat pilihan I/O, HDMI 1.4, DisplayPort 1.2, USB 3.2 Gen1 Type-C dan 4x USB 3.2 Gen1. Dengan sokongan USB-C, pelbagai peranti seperti komputer Windows, Chromebook and Android dapat disambungkan. Ia turut mampu membekalkan kuasa sehingga 90W.

ThinkVision T24t-20 dipasarkan untuk golongan kanak-kanak yang belajar dari rumah sepanjang pandemik. Kanak-kanak yang sudah biasa dengan skrin sesentuh canggung menggunakan paparan yang tidak menyokongnya. Lenovo ThinkVision T24t-20 akan mula dijual pada suku kedua 2021 pada harga $459 (~RM1900).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami