Samsung Menggunakan Dron Untuk Menghantar Peranti Kepada Pelanggan Di Ireland

Diterbitkan pada Mac 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penghantaran produk di masa sekarang memerlukan anda menunggu beberapa hari untuk produk tiba ke rumah. Dalam dunia dimana semua pengguna mahukan benda dibeli tiba segera, penggunaan dron dilihat sebagai penyelesaian kepada isu ini. Di Ireland, Samsung akan memulakan penghantaran peranti yang dibeli terus ke rumah pelanggan menggunakan dron.

Pelanggan yang membeli siri Galaxy S21, Galaxy Buds Pro, Galaxy Tab S7, Galaxy Watch 3, dan siri Galaxy A boleh menikmati penghantaran dalam masa 3 minit sahaja. Pada waktu ini penghantaran hanya diberikan kepada mereka yang tinggal di bandar Oranmore. Untuk merealisasikan program ini, Samsung bekerjasama dengan firma dron Manna Drone Delivery.

Setiap dron boleh terbang pada kelajuan mencecah 60 km/j dan pada ketinggian 80 meter. Dengan ini Samsung menjadi pengeluar peranti pertama menawarkan penghantaran produk terus ke rumah menggunakan dron. Sebelum ini Manna menawarkan perkhidmatan mereka kepada Tesco untuk menghantar barangan runcit.dsd

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami