Realme Buds Air 2 Kini Di Malaysia – Ditawarkan Pada Harga RM199

Diterbitkan pada Mac 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang dijanjikan, Realme Buds Air 2 akhirnya diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna di Malaysia. Ia merupakan aksesori audio terkini daripada Realme dan lebih menariknya, Realme turut bekerjasama dengan kumpulan duo DJ terkenal, The Chainsmokers untuk pengenalannya.

Bagi yang berminat, Realme Buds Air 2 ditawarkan pada harga RM199 dengan dua pilihan variasi warna iaitu Black Closer atau Closer White. Jualan pertama secara luar talian akan bermula pada 3 April 2021 dan anda boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah Realme di seluruh Malaysia. Sementara itu, jualan secara dalam talian pula bermula pada 8 April 2021 menerusi Lazada.

Realme Buds Air 2

Untuk spesifikasi khusus, Realme Buds Air 2 dilengkapi pemandu audio sebesar 10mm. Selain itu, ia juga disertakan dua mikrofon yang mampu mengurangkan hingar sehingga 25dB untuk sokongan panggilan lebih baik. Selain itu, ia juga menggunakan cip R2 terbina, pelindungan kalis air IPX5, ketahanan bateri maksimum 25 jam dan Game Mod yang dipertingkatkan dengan latensi 88ms.

Seterusnya, ia juga disertakan dengan sokongan kawalan sesentuh bagi membolehkan penguna mengawal sejumlah ciri dan akses pintas – seperti sistem pembatalan hingar aktif (ANC) dan Transparency Mode.Spesifikasi lain termasuklah – port sambungan USB-C, Bluetooth 5.2 dan sebagainya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami