Cari @ Amanz

Windows Insider merupakan program ujian sistem operasi Microsoft yang memperlihatkan rekaan dan ciri-ciri baru untuk diuji sebelum ia diperkenalkan pada kemaskini akhir untuk sistem operasi Windows 10 versi pengguna.

Insider Build terkini, yang dinamakan Insider Preview Build 21343 memperlihatkan ikon baru dalam File Explorer. Ini termasuklah perubahan dari segi ikon folder, OneDrive, storan, Recycle Bin dan sebagainya yang diperlihatkan didalam perisian tersebut.

Pihak Microsoft mengatakan bahawa pertukaran ikon ini bukanlah sesuatu yang baru, dan telahpun bermula sejak tahun lepas lagi, dan mereka akan memperkenalkan lebih banyak ikon baru melalui versi Insider Build akan datang.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan memperkenalkan ikon-ikon baru ini untuk versi sistem Windows 10 pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd