Google Dilaporkan Sedang Membangunkan “Game Mode” Pada Chrome OS

Diterbitkan pada Mac 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sedia menawarkan Chrome OS untuk komputer riba yang menawarkan sejumlah ciri-ciri memfokuskan kepada produktiviti untuk tugasan pejabat mahupun pembelajaran.

Kini, selain daripadanya, Google turut diperkatakan sedang membangunkan ciri “Game Mode” untuk Chrome OS.

Apabila diaktifkan, ia dijangka akan memfokuskan prestasi untuk aplikasi permainan yang dijalankan, sekaligus memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

Pada hari ini, pengguna Chrome OS sedia mempunyai akses kepada perkhidmatan penstriman permainan seperti GeForce Now dan juga Stadia. Selain itu, pengguna turut mempunyai akses kepada kebolehan menjalankan aplikasi Android pada Chrome OS. Disamping itu, klien Steam juga dijangka akan diperkenalkan untuk Chrome OS.

Tidak mustahil juga kita melihat komputer riba khusus permainan menjalankan Chrome OS diperkenalkan pada masa akan datang sebaik sahaja mod baharu ini dilancarkan kepada umum kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami